Coretan Icha puspa Sari

Monday, 13 June 2011

PETANDA IF HE IS THE PERFECT ONE FOR YOU....

Assalamualaikum... kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang 10 petanda kita nak tau dia adalah jodoh kita... saya tidak menjaminkan apa yang saya bagi ini adalah pasti.. tapi kita kena berusaha.... Inssya Allah eerythings gonna be ok... amin..

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

ada 10 PETANDA kita boleh tahu sama ada dia jodoh kita ataupun tidak...:



1. BERSAHAJA

- tidak berlakon dan tidak berselindung dengan sikap sebenar..
 Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.




2. SENANG BERSAMA

-Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan


3.TERIMA KITA SEADANYA

- tidak meminta kita brubah semua yang ada pada diri kita.. berubah sedikit untuk kebaikan sudah memadai.. kisah silam kalau boleh jadikan teladan dan jangan diungkit... itu lebih memudahkan hubungan anda di masa depan... PAST IS PAST.. NOW & FUTURE THAT WILL COUNTS...




                                                       

4. SENTIASA JUJUR

-  Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan




5. PERCAYA MEMPERCAYAI

-Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.


BERSAMBUNG......

INSPIRED BY : ICHA & ILUVISLAM

No comments:

Post a Comment