Coretan Icha puspa Sari

Wednesday, 15 June 2011

BILA AIRMATA BERBICARA.....

BILA WANITA MENITISKAN AIR MATA......

wanita mungkin dikenali sebagai orang yang teguh hatinya.. cekal jiwanya.. teguh iman nya. tapi apabila hadir seorang jejaka mengetuk pintu hati.. wanita akan goyah dengan seribu kata2 dan janji manis... lumrah hati wanita.. selembut sutera...

tapi apabila air mata jatuh dan berbicara... wanita akan mula sedar.. apa makna cinta jika hatinya x tenang.. apa makna cinta jika imannya goyah.. dan apa maknanya cinta jika tidak halal di sisinya....

tangisan yang x bermakna adalah tangisan untuk sang lelaki yang selalu memungkiri janji.. yang selalu menyakitkan hati dan mempermainkan perasaan wanita.. sedangkan wanita itu sangat setia dan mencintai nya lebih dari segalanya... sekarang banyak kita dengar kes.. perempuan mati bunuh diri .. mengandung anak luar nikah.. sebab kita wanita terlalu percaya kepada lelaki...

tapi ingatlah... kepada mereka yang di uji oleh Allah dengan ujian yang sebegitu.. bersabarlah.. Allah telah memilih anda kerana anda adalah seorang yang sangat cekal dan tabah menghadapi dugaan sebegitu... bak kata orang tua.. kita x kan menyesal kalau kita hanya mendengar.. tapi kita akan bertaubat bila kita benar2 merasai peritnya dugaan tu... Masyallah...

tapi pahamlah... wanita akan tinggalkan sang lelaki bila lelaki tu buat kita menitiskan air mata.. so u guys.. dont make girls fed up with the relationship...

Monday, 13 June 2011

PETANDA IF HE IS THE PERFECT ONE FOR YOU....

Assalamualaikum... kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang 10 petanda kita nak tau dia adalah jodoh kita... saya tidak menjaminkan apa yang saya bagi ini adalah pasti.. tapi kita kena berusaha.... Inssya Allah eerythings gonna be ok... amin..

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

ada 10 PETANDA kita boleh tahu sama ada dia jodoh kita ataupun tidak...:



1. BERSAHAJA

- tidak berlakon dan tidak berselindung dengan sikap sebenar..
 Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.




2. SENANG BERSAMA

-Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan


3.TERIMA KITA SEADANYA

- tidak meminta kita brubah semua yang ada pada diri kita.. berubah sedikit untuk kebaikan sudah memadai.. kisah silam kalau boleh jadikan teladan dan jangan diungkit... itu lebih memudahkan hubungan anda di masa depan... PAST IS PAST.. NOW & FUTURE THAT WILL COUNTS...




                                                       

4. SENTIASA JUJUR

-  Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan




5. PERCAYA MEMPERCAYAI

-Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.


BERSAMBUNG......

INSPIRED BY : ICHA & ILUVISLAM

Sunday, 12 June 2011

MENCARI DI MANA TITIK KETENANGAN HATI..

IMAN DI DUGA.. HATI DI UJI.. PERASAAN DILUKAI.. JIWA DI KACAU.. OTAK DICEMARI... PIKIRAN DI CELARUKAN....

Ada orang berkata, "ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?"
Mana mungkin kita bleh elak daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap serah  kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu. Ungkapan yang terkenal: We can't direct the wind but we can adjust our sail – kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.

Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita adalah hati. Hati yang bersifat bolak-balik (terutamanya bila diuji) hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah – yakin kepada kasih-sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya. Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandangan-Nya yang Maha luas, semua yang ditakdirkan ke atas hamba-Nya pasti bermaksud baik.

"Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana." (Surah Al-Fath: 4)

Jika seorang hamba yang berdosa bertaubat kepada-Nya, Allah bukan sahaja mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan menyayangi dan memberi "hadiah" kepadanya
Tapi  kita manusia yang kekadang begitu sukar memaafkan kesalahan orang lain. Dan segelintir yang mampu memaafkan pula begitu sukar melupakan – forgive yes, forget not! Hendak memberi hadiah kepada orang yang bersalah mencaci, memfitnah dan menghina kita?

Astaghfirullah... moga Allah memberi kita titik permulaan dalam mencari ketenangan yang pastinya membantu kita dalam membuat keputusan yang terbaik buat kita. amin..

Thursday, 9 June 2011

Stacy - Kisah Dongeng.mp3 - 4shared.com - perkongsian dan storan fail dalam talian - muat turun - Stacy - Kisah Dongeng.mp3

Stacy - Kisah Dongeng.mp3 - 4shared.com - perkongsian dan storan fail dalam talian - muat turun - <a href="http://www.4shared.com/audio/WnvuwBLS/Stacy_-_Kisah_Dongeng.html" target="_blank">Stacy - Kisah Dongeng.mp3</a>

BAHAGIA ITU APABILA DIBAHAGIAKAN & MEMBAHAGIAKAN

bAhAGIA??

ada yang tahu ka maksud bahagia ni???
pernah rasa bahagia???
bahagia macam mna yang kita cari??
pernah bahagiakan orang lain???


Sesungguhnya bahagia itu bukan "benda" yang akan berkurang bila diberikan, tetapi ia umpama cahaya yang semakin "diberikan" akan bertambah terangnya.

Kata bijak pandai, dengan menyalakan lilin orang lain, lilin kita tidak akan padam... tetapi kita akan mendapat lebih banyak cahaya

mungkin sesetengah orang khususnya lelaki mmg lemah bab memahami hati wanita... but Guys Out There... better watch out.. coz when the girls just voice out their feelings towards u... she will left u on the road just like that.. just because korang x alert ngan isu semasa wanita... Give & take la beb... teringat masa belajar dulu.. Win win ctuasion.. :)

Cara Nak membahagiakan Pasangan :

Tips 1 :
HARGAI KEHADIRAN PASANGAN

Rasakan benar-benar bahawa si dia adalah anugerah Allah yang paling berharga. Jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan, maka dia adalah anugerah khusus daripada-Nya buat teman hidup kita sepanjang kembara di dunia. Isteri kita ialah jawapan Tuhan pada doa yang selalu kita pohonkan..

Sedia atau tidak....

jangan bercakap "soal hati ku milikmu seorang".... bila ditanya soal komitmen atau perkahwinan... SEMUA KECUT PERUT..." huh!! rileks la... muda lagi... bla..bla..bla"...

"Takut saham jatuh atau xdapat nk lepak dgn kawan2... hmm... hidup2 oh hidup...
bila kehilangan baru nk terasa nk mnghargai si dia lebih dr sebelum ni.... too late beb"...

Sesetengah bertanya? Bagaimana kita boleh mengharagai pasangan kita. Insya-Allah, bila ada kemahuan pasti ada jalan. Dunia akan menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan. Kata orang, kasih, cinta dan sayang umpama aliran air, sentiasa tahu ke arah mana ia hendak mengalir. Mulakan dengan memandangnya dengan pandangan kasih... mungkin wajah isteri kita sudah kedut, tetapi rasakanlah mungkin separuh "kedutan" itu kerana memikirkan kesusahan bersama kita. Mungkin uban telah penuh di kepala suami kita, tetapi uban itu "mercu tanda" pengorbanannya membina rumah tangga dan keluarga kita.

Itulah pandangan mata hati namanya. Kalau dulu semasa awal bercinta, pandangan kita dari mata turun ke hati. Tetapi kini setelah lama bersama, pandangan kita mesti lebih murni. Tidak dari mata turun ke hati lagi, tetapi sudah dari hati "turun" ke mata. Yang kita lihat bukan "body" tetapi budi. Yang kita pandang bukan urat, tulang dan daging lagi... tetapi suatu yang murni dan hakiki – kasih, kasihan, cinta, sayang, mesra, ceria, duka, gagal, jaya, pengorbanan, penderitaan – dalam jiwanya yang melakarkan sejarah kehidupan berumah tangga bersama kita!

Hargailah sesuatu selagi ia masih di depan mata. Begitu selalu pesan cerdikiawan dan pujangga. Malangnya, kita selalu lepas pandang. Sesuatu yang 'terlalu' dekat, kekadang lebih sukar dilihat dengan jelas. Isteri di depan mata, tidak dihargai. Kajian menunjukkan bahawa para suami di Amerika lebih banyak meluangkan masa menonton TV daripada bercakap dengan isteri. Di sini apa kurangnya, tiga jam menonton TV bersama tanpa sepatahpun berbual. Suami dan isteri sibok melayani fikiran sendiri walaupun duduk hanya berselang beberapa inci.

Malah, bila berjauhan pun kekadang terlalu lokek bertanyakan berita. Jika duduk berjauhan, masa berSMS dengan teman lebih banyak berbanding dengan isteri. No news is a good news. Begitu selalunya, rasa di hati. Tetapi bila isteri atau suami diserang "sakit" – katalah hilang keupayaan bercakap dan bergerak, maka ketika itu puaslah kita menangis kerana tidak dapat mendengar suaranya lagi. Waktu itu barulah duduk di tepi katil hospital, merenung mata isteri atau suami kita yang berkelip-kelip, tanpa kata, tanpa suara...

Hidup terlalu singkat. Hidup hanya sekali. Yang pergi tak kan kembali. Yang hilang, mungkin tumbuh lagi... Tetapi tidak semua perkara akan tumbuh semula. Apakah ibu-bapa yang 'hilang' akan berganti? Apakah anak, isteri, suami yang 'pergi'... akan pulang semula? Jadi, hargailah semuanya selama segalanya masih ada. Pulanglah ke rumah dengan ceria, tebarkan salam, lebarkan senyuman. Mungkin esok, anda tidak 'pulang' atau tidak ada lagi sidia yang setia menunggu di sebalik pintu. Mungkin anda 'pergi' atau dia yang 'pergi'. Hargailah nyawa dan kehidupan dengan sayang dan cinta. Kita tidak akan bahagia, selagi orang di sisi kita tidak bahagia!


inspired by : Me & iluvislam.com

Monday, 6 June 2011

RESEPI KEK COKLATE... HEHEH..NYUM3..

1 serbuk KOKO
1 Cawan GULA
1 Cawan Minyak Masak
1 1/2 Cawan Tepung Gandum ( Tepung Bluekey self raising)
1 Tin Susu Cair
1 1/2 sudu soda bikarbonat (klu guna tepung bluekey xpayah bubuh)
2 Biji Telur ..

Cara- Cara nak buat :

Kacau Telur sampai kembang..
Masukkan gula n minyak...
masukkan susu n koko...
lepas tu mausk tepung gandum..
gaul sampai rata...

kukus selama 45 min...

nak tau dh masak ..cucuk guna lidi.. kalau xda apa.. maknanya dh masak.... hehehehe


Devotees ~ Kekasih (Full)

Sunday, 5 June 2011

ANDA SEMAKIN MATANG BILA....






Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.

Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.

Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.

Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.


Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.