Coretan Icha puspa Sari

Tuesday, 24 May 2011

C!nTa oh CinTa...,

Nas1hat Untuk Saya & SeMuA...


1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.

2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.

Allah Ciptakan adam & Hawa.. Lelaki & perempuan
Insyallah bagi sesiapa yang tgh bercinta.. Think Positif.. anggaplah ini sebagai Taaruf...
tp biarlah di Jalan yg Allah Redhai... amin...

memperbaiki kesilapan lebih baik dari x mempunyai kesilapan dan angkuh dgn dirinya.. amin..


InsyaAllah

inspired by : iluvislam.com
 

Gaji Oh Gaj! .. Ka Ching...$$

Assalamualaikum...

Masa Anda bca blog ni mesti semua gaji kan?? ann..ann...an... heheheh
baik rancang awal2 gaji anda tu...

Tips saya adalah :

sebagai Contoh

Gaji + Elaun + OT : RM 2580.00

Pecahkan kepada BEBERAPA BAHAGIAN :

                         i.  13 % SIMPANAN
                        ii.  31 % KOMITMEN 
                       iii.  17 % BELANJA
                       iv.  11 % IHSAN IBU BAPA / SEDEKAH AMAL JARIAH
                       v.  17 % TAKAFUL/INVESTMENT
                      vi . 11 % EMERGENCY

nampak macam leceh peratusannya... terpulang pada anda.. mna satu menjadi keutamaan hidup dan matlamat untuk berkat dunia & akhirat.

Contoh : Setiap Bulan :


simpanan hari kelak...

RM 2580.00 / 4 : RM 645.00

i. Simpanan Sekurang2nya : RM 330
ii. Komitmen : RM 800
iii. Belanja : RM 450
iv. Ihsan Ibu Bapa : RM 300
iv. Takaful/ Pelaburan/ Insurans : RM 400
v. emergency : Kalau Boleh Maintain RM 300 tiap Bulan

jadi dalam setahun :

Simpanan : RM 3960.
Emergency Kalau x jd apa2 : RM3600
Takaful : Xla mati katak tepi jalan
Investment : paling kurang dividen : 10 % setahun

see.. how easy is that... :)
Control ur pocket sebelum sakit.. ingt 5 sebelm 5...

Renung2kan dan selamt menyimpan ...



Monday, 23 May 2011

masalah oh masalah....

Setiap masalah yang hendak diselesaikan mestilah difokuskan kepada real problem (masalah sebenar) bukan kepada presenting problem (masalah yang zahir). Apabila kita menumpukan kepada real problem ertinya kita sedang berdepan dengan punca masalah yang lebih bersifat dalaman dan ini memaksa kita menyelami soal hati dan perasaan manusia.

Manakala jika kita hanya berlegar-legar di sekitar presenting problem kita hanya terapung di permukaan yakni berdepan dengan akibat sesuatu masalah. Cara kedua ini tidak akan menyelesaikan sesuatu masalah. Mungkin kita berjaya seketika mengubat akibatnya tetapi masalah itu akan berulang lagi kerana punca sebenarnya tidak diatasi. Hendaklah difahami benar-benar maksud saya ini.

Jika kita ingin menyelesaikan sesuatu masalah, terutamanya yang melibatkan soal perhubungan (komunikasi dan interaksi) dengan orang lain kita hendaklah fokuskan langkah-langkah penyelesaiannya kepada ‘lingkungan pengaruh’ kita bukan ‘lingkungan kebimbangan’ kita. Maksud saya, hendaklah kita bertindak pada batas dan keupayaan diri kita sendiri bukan di luar batasan itu.

Hakikatnya, kita hanya mampu mengawal cara berfikir, pertimbangan, keputusan dan tindakan diri kita sendiri bukan fikiran, pertimbangan, keputusan dan tindakan orang lain. Kejayaan mengubah manusia lain bermula dengan kejayaan mengubah diri kita sendiri. Jangan marah kalau orang lain tidak berubah seperti mana kita kehendaki kalau diri kita sendiri juga tidak berubah mengikut apa yang kita kehendaki.

Sunday, 22 May 2011

T!P$ : TaUb4T dari Dosa KEWANGAN...

"Alhamdulillah... Kita Diberi hidayah oleh Allah untuk sedar akan keadaan dan ada usaha untuk merubah semua kembali ke arah yang lebih elok.. "

FRIMAN ALLAH..

"sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri "
                                                                                                                      (Ar - Ra'd :11)
PERLU @ MAHU?????...!!!!!
Silalah catat semua perbelanjaan anda.. sedar atau x.. Duit lebih banyak KELUAR dari Masuk... ish!!!
itu perkara normal samalah seperti satu perniagaan - kemasukan tidak banyak sumbernya... kalau bab keluar ... MASYALLAH>.. hehehe

FASA 1 : Awal 20 an - 30 an

"rileksla... lek lu.. muda lagi kot.. enjoy la beb.. hujung bulan dapat gaji ... "

itulah pertuturan yang sering terungkap kat bibir remaja masa kini... berlumba menunjukkan apa yang dimiliki...

"wei.. ko pakai keta ap ek skg? umah ko kat mna? waaa.... makan kat Chili's.. ko on9 kat FB pakai Iphone ka? ada yang promotion x skg ni? aku nk beli la...

tanpa pikir panjang... terus beli ikut hendak hati.,.. ish..ish..ish...
fasa 1 ini dikenali sebagai fasa permulaan.. baru nk tekan gear satu...ini titik permulaan bagi kebanyakan orang yang baru mula kerja ... jika difikirkan banyak yang perlu di amik kira masa skg....

i. beli kereta
ii. beli rumah
iii. baju nk pakai p keja.
iv. hutang pendidikan
v. hutang lain
vi. ihsan ibu bapa
vii. duit shopping n lepak2
PALING PENTING... DUIT NAK KAWEN... grrrrr....

seram bunyinya.... :)

jadi pikir2 la mana yang perlu k...

artikel saya esok hari akan ajar anda cara- cara nak mengagihkan kewangan anda supya tetap steady n masih boleh shoppng di KLCC.. hehehe

                                                                          
inspired by : 'ke mana wang anda hilang "                       
                             
                                                bersambung .....

Thursday, 19 May 2011

KeRamaT SeorAng IBU...!!

Ibu Pernah Pukul bila Aku Buat Salah...
Tetapi Menangis Ketika Aku Susah..
Ibu Tak Boleh Memejamkan Mata
Bila Adikku Menangis waktu MalaM..
Mak Akan Marah bila Kami Berebut Makanan
Mak Mengajar erti Kesabaran...
erti Sebuah Pengorbanan...
Erti Sebuah Kesederhanaan...
Ketabahan Mak Berusaha
Mengubah Rasa Sayur yang Murah
Menjadi LEBIH SEDAP...

Mak Menangis Ketika Aku berduka..
Menangis Ketika Aku Bahagia
Menangis Disaat aku bacakan Yasin di Telinganya,...
Menangis Di saat2 Terakhir Pemergiannya,...

Maafkan aku mak...
selama hayat aku di dunia
hanya melihat air mata mak saja...

Mungkin Allah Lebih Mengetahui...
Mak adalah Hati Yang Sangat Rela Menerima
disakiti oleh anak-anaknya
penuh maaf & ampun...

Al Fatihah n kiriman doa sja yg mampu ku beri saat ini...
Mungkin di dunia yg berbeza kita akan berjumpa lg...
Mungkin saat itu aku tak akan biarkan air mata mak menitis walaupun setitik...

rindunya menatap wajahmu....
mendengar leteranmu...
mendengar nasihatmu...
melihat senyumanmu...
ketawa senda ...
masakan n segala yg di beri penuh dgn kasih sayang...

semuanya HILANG SEKELIP MATA....
bagai angin kencang yang berlalu sekelip mata....
Moga Aku kuat dgn dugaan ini...
amin.


 little inspiration from : Pengalamanku...

Nak Kawen atau Tak?!



"Apabila datang kepadamu seorang laki-laki datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaqnya maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerusakan yang merata di muka bumi." - HR Tarmidzi dan Ahmad
Saya tidak tahu apakah ini merupakan Hukum Sejarah yang digariskan allah
Ketika orang mempersulit apa yang dimudahkan Allah, mereka akhirnya benar-benar mendapati keadaan yang sulit dan nyaris tak menemukan jalan keluarnya.
Mereka menunda-nunda pernikahan tanpa ada alasan Syar'ie dan akhirnya mereka benar-benar takut melangkah di saat hati sudah sangat menginginkannya.
Atau ada yang sudah benar-benar gelisah tak kunjung ada yang mahu serius.
Lingkaran Ketakutan Berlanjutan
Bila di usia dua puluh tahunan mereka menunda pernikahan karena takut dengan ekonominya yang belum mapan, di usia menjelang tiga puluh hingga tiga puluh lima berubah lagi masalahnya.
Laki-laki mengalami Sindrom Kemapanan (meski wanita juga banyak yang demikian, terutama mendekati usia 30).
Mereka (laki-laki) menginginkan pendamping dengan kriteria yang sulit dipenuhi.
Seperti Hukum Kategori, semakin banyak kriteria semakin sedikit yang masuk kategori.
Begitu pula Kriteria Tentang Jodoh, ketika menetapkan kriteria yang terlalu banyak maka akhirnya tidak ada yang sesuai dengan keinginan kita.
Sementara wanita yang sudah berusia sekitar 35 tahun, masalahnya bukan kriteria tetapi soalapakah ada orang yang mau menikah dengannya?
Ketika usia sudah 40-an, ketakutan kaum laki-laki sudah berbeza lagi, kecuali bagi mereka yang tetap terjaga hatinya.
Jika sebelumnya banyak kriteria yang dipasang pada usia 40-an muncul ketakutan apakah dapat mendampingi isteri dengan baik.
Lebih-lebih lagi ketika usia beranjak 50 tahun, ada ketakutan lain yang mencekam.
Iaitu kekhawatiran ketidakmampuan mencari nafkah sementara anak masih kecil.
Atau ketika masalah nafkah tak merisaukan khawatir kematian lebih dahulu menjemput sementara anak-anak masih banyak perlu dinasihati.
Bila Iman Tiada Makan Muncul Putus Asa
Jangan ditunda-tunda apa yang menghimpit saudara kita sehingga mereka sanggup menitiskan air mata.
Secara 'lansung' adalah menuntut mahar yang terlalu tinggi. Atau yang sejenis dengan itu. Ada lagi yang 'tidak secara langsung'.
Mereka membuat kebiasaan yang mempersulit, meski nyata-nyata menuntut mahar yang tinggi atau resepsi yang mewah.
Sebahagian orang mengadakan acara peminangan sebagai acara tersendiri yang tidak boleh kalah mewah dari resepsi pernikahan sebahagian lainnya melazimkan acara penyerahan hadiah atau wang belanja untuk biaya pernikahan secara tersendiri.
Bila seseorang tak kuat menahan beban, maka bisa saja melakukan penundaan pernikahan semata-mata hanya kerana masalah ini.
Saya sangat khawatir akan keruhnya niat dan bergesernya tujuan, sehingga pernikahan itu kehilangan barokahnya.
Naudzubillah! Penyebab lain adalah lemahnya keyakinan kita bahwa Allah pasti akan memberi rezeki atau boleh jadi cerminan dari sifat tidak qona'ah (mencukupkan diri dengan yang ada).


inspired by: iluvislam